« Hikmah Ramadhan dan Syawal | Main | Siapakah Yang Paling Ajaib Imannya??? »

December 17, 2006

Bukan mudah perjuangkan kebenaran

Bukan mudah perjuangkan kebenaran
Memperjuangkan kebenaran itu,
adalah memperjuangkan sesuatu yang amat berharga
Ia tidak boleh dinilai mengikut mata benda
Ia kenalah dibeli dengan harta benda, jiwa raga dan nyawa
Kalau kebenaran itu di atas bukit, kenalah kita daki
Tidak semua orang sanggup
Kalau ia di dasar lautan, kenalah kita selami,
tidak semua orang berani melakukannya
Sekiranya ia di hujung lautan, kenalah merempuh lautan
dan menempuh gelombang yang menakutkan
Tidak semua orang bertekad berbuat demikian
Jika ia berada di hutan belantara,
kenalah meredah hutan yang menggerunkan
Tidak semua orang sanggup menempuhnya
Kalau kebenaran itu seperti yang digambarkan tentulah ramai yang jatuh gaung,
yang mati lemas, mati kelaparan bukan?
Apakah itu semua erti kegagalan?!
Tidak! Ia bukan gagal,
memang perjuangan kebenaran itu perlu sambung-menyambung
Yang gagal itu bukan ertinya gagal
Ia akan menjadi baja semangat kepada pejuang-pejuang di belakang
Semangat itulah menjadi pemangkin kepada pejuang-pejuang di belakang
yang menjadi ikutan
Akhirnya kebenaran itu dapat juga dicapai dengan cemerlang
Oleh pejuang-pejuang di belakang,
dari semangat orang yang berjuang yang memulakan
Oleh itu k

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .


My Photo

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Powered by Friendster Blogs
Member since 04/2006

313